Mengenai Kami

Selama lebih dari 17 tahun, kami telah memberi sokongan kepada pelbagai perniagaan dalam usaha mereka mendapatkan para pelanggan baharu dan pelanggan tetap serta terus meningkatkan perolehan perniagaan mereka. Pengalaman komprehensif kami dalam sektor perhubungan pelanggan dimana kami wujudkan Cashback untuk memastikan syarikat anda boleh membawa perniagaan anda ke arah kejayaan.

Pengalaman kami ke arah kejayaan anda

Tidak kira samada anda menjalankan sebuah perniagaan saiz kecil atau sederhana, terbabit dengan e-perdagangan, sedang menjalankan perniagaan besar atau ingin menawarkan sebarang ganjaran membeli belah kepada para peminat, penyokong atau pekerja anda, anda akan sentiasa dijaga sebaik mungkin mengikut kebolehan pakar-pakar warga kerja kami yang berpengalaman luas. Ambillah peluang untuk menjadi sebahagian daripada Komuniti Beli Belah kami dan kedua-dua pihak iaitu Pedagan g Program Kesetiaan dan pembeli dapat sama-sama menikmati ganjaran membeli belah dan seterusnya merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Satu rakan niaga untuk pelbagai sektor

Cashback World Partner menawarkan dunia membeli belah yang memberikan ganjaran kepada para peniaga dan pembeli – serta cara membeli belah yang moden.

Kemajuan untuk Usahawan Kecil dan Sederhana

Mengukuhkan peniaga kecil dan sederhana di rantau mereka adalah sangat penting bagi kami. Dengan sebab inilah, kami telah membangunkan Program Kesetiaan Pelanggan istimewa yang bersesuaian dengan saiz dan keperluan perniagaan anda . Dengan Cashback World Partner Program dan Cashback World Premium Partner Program, Usahawan Kecil dan Sederhana dari pelbagai saiz mempunyai peluang untukmengembangkan jaringan mereka sebagai Cashback World Loyalty Merchants dan terus maju.

deco

Kebaikan e-perdagangan

Mencari idea yang baik atau pasaran tersendiri untuk kedai dalam talian tidak sama dengan cara untuk menghampiri para pelanggan anda. Platfom e-perdagangan Cashback World menyediakan penyelesaian yang tepat untuk tujuan itu. Dengan menggunakan kesambungan ringkas melalui jaringan affiliate, Pedagang Program Kesetiaan dalam talian mendapat akses terus kepada sekumpulan 15 juta pelanggan berpotensi dan menggunakan jaringan ini untuk mempromosi perniagaan mereka secara aktif. Laporan berinformasi dan kempen istimewa disediakan sebagai sokongan tambahan untuk membantu perkembangan rakan-rakan niaga kami.

deco

Perniagaan besar, Penyelesaian Besar

Syarikat-syarikat yang lebih besar sentiasa mencari saluran edaran dan kumpulan-kumpulan pelanggan . Pakar kami dalam sektor enterprise mewujudkan penyelesaian yang sesuai untuk memberikan peluang-peluang kepada jenama-jenama terkenal. Kini, kami telah bekerja dengan rakan niaga utama kami selama beberapa tahun dan ini memberi kami kebolehan untuk memberikan respon kepada sebarang keperluan dengan penyelesaian yang sesuai. Ini menjadikan kami rakan kongsi yang boleh memberikan hasil yang dimahukan.

deco

Ganjaran untuk peminat, penyokong dan rakan sekerja

Organisasi dengan jumlah keahlian yang besar dan sentiasa bimbang mengenai perniagaan mereka akan suka dengan kepaduan dalaman yang kuat. Dengan menggunakan Cashback World White Label, kami mengukuhkan lagi kepaduan ini. Apabila peminat, penyokong dan rakan sekerja mendapat ganjaran membeli belah dan pada masa yang sama menyokong organisasi mereka, satu situasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak akan tercapai. Banyak perkongsian White Label yang berjaya di beberapa negara menunjukkan bahawa pengalaman positif ramai pihak mengukuhkan semangat komuniti secara pesat.

deco

#KamiPeduli

Kejayaan dan kemakmuran para pelanggan, rakan niaga dan pekerja kami adalah dua perkara yang dekat dengan hati kami. Sebagai sebuah syarikat antara bangsa yang berjaya, kami mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai tugas kami terhadap alam sekitar dan masyarakat. Oleh kerana itu, kami memberi sokongan kepada dua yayasan amal dalam projek bantuan global mereka.

The Child & Family Foundation membantu kanak-kanak, remaja dan keluarga yang memerlukan melalui projek-projek pendidikan antara bangsa yang memberi peluang kepada mereka untuk melengkapkan pendidikan dan seterusnya membentuk masa hadapan mereka sendiri.

The Greenfinity Foundation berkempen untuk alam sekitar dan perlindungan iklim sedunia dengan projek-projek dan usaha mereka untuk menjadikan masa hadapan kita lebih lestari.

Butir-butir untuk dihubungi

Mulai sekarang

  • Dapatkan pelanggan setia yang baru
  • Luaskan kumpulan pelanggan anda
  • Tingkatkan jualan dan keuntungan anda

Jadilah rakan niaga sekarang

atau

Hubungi kami