Mengenai Kami

Selama lebih dari 17 tahun, kami telah memberi sokongan kepada pelbagai perniagaan dalam usaha mereka mendapatkan para pelanggan baharu dan pelanggan tetap serta terus meningkatkan perolehan perniagaan mereka. Pengalaman komprehensif kami dalam sektor perhubungan pelanggan dimana kami wujudkan Cashback untuk memastikan syarikat anda boleh membawa perniagaan anda ke arah kejayaan.

Über uns

Pengalaman kami memastikan kejayaan anda

Tidak kira samada anda menjalankan sebuah perniagaan saiz kecil atau sederhana, terbabit dengan e-dagang, sedang menjalankan perniagaan besar atau ingin menawarkan sebarang ganjaran membeli belah kepada para peminat, penyokong atau pekerja anda, anda akan sentiasa dijaga sebaik mungkin mengikut kebolehan pakar-pakar warga kerja kami yang berpengalaman luas. Ambillah peluang untuk menjadi sebahagian daripada Komuniti Membeli Belah kami dan kedua-dua pihak iaitu Pedagan g Program Kesetiaan dan pembeli dapat sama-sama menikmati ganjaran membeli belah dan seterusnya merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Perniagaan besar, Penyelesaian Besar

Syarikat-syarikat yang lebih besar sentiasa mencari saluran edaran dan kumpulan-kumpulan pelanggan . Pakar kami dalam sektor enterprise mewujudkan penyelesaian yang sesuai untuk memberikan peluang-peluang kepada jenama-jenama terkenal. Kini, kami telah bekerja dengan rakan niaga utama kami selama beberapa tahun dan ini memberi kami kebolehan untuk memberikan respon kepada sebarang keperluan dengan penyelesaian yang sesuai. Ini menjadikan kami rakan kongsi yang boleh memberikan hasil yang dimahukan.

Anda jagai para pelanggan anda. Kami akan jagai alam sekitar.

Kejayaan dan kemakmuran para pelanggan, rakan niaga dan pekerja kami adalah dua perkara yang dekat dengan hati kami. Sebagai sebuah syarikat antarabangsa yang berjaya, kami mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai tugas kami terhadap alam sekitar dan masyarakat. Oleh kerana itu, kami memberi sokongan kepada dua yayasan amal dalam projek bantuan global mereka. Sebagai Rakan Niaga Cashback World, anda juga boleh mengambil bahagian dalam program lestari kami secara automatik tanpa sebarang kos tambahan.

The Child & Family Foundation membantu kanak-kanak, remaja dan keluarga yang memerlukan melalui projek-projek pendidikan antara bangsa yang memberi peluang kepada mereka untuk melengkapkan pendidikan dan seterusnya membentuk masa hadapan mereka sendiri.

The Greenfinity Foundation berkempen untuk alam sekitar dan perlindungan iklim sedunia dengan projek-projek dan usaha mereka untuk menjadikan masa hadapan kita lebih lestari.

Butir-butir untuk dihubungi

Mulai sekarang

  • Dapatkan pelanggan setia yang baru
  • Luaskan kumpulan pelanggan anda
  • Tingkatkan jualan dan keuntungan anda

Hubungi kami