Kumpulkan alat bantuan yang perlu untuk kejayaaan perniagaan anda

Terima kasih kepada Cashback World Program yang khas untuk anda , kini anda boleh menarik perhatian para pelanggan baharu dengan lebih mudah dan meningkatkan perolehan perniagaan anda dengan cara yang lebih mampan– dan semua ini boleh dilakukan pada kos yang rendah. Anda akan menerima alat bantuan berharga dari kami untuk menaikkan angka jualan, memikat para pelanggan baharu, memastikan kepuasan pelanggan dan cara komunikasi pelanggan yang disesuaikan untuk anda.

Jadilah Pedagang Program Kesetiaan dengan Cashback World dan juga sebahagian daripada Komuniti Membeli Belah antara bangsa, di mana 15 juta Ahli-ahli menerima Cashback dan Shopping Points atas pembelian mereka daripada perniagaan-perniagaan yang mengambil bahagian. Itulah sebabnya mereka membeli dengan Cashback Card daripada Pedagang Program Kesetiaan seperti anda. Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut? Lihatlah rangkaian produk-produk kami atau Hubungi kami.

Pikatlah lebih ramai pelanggan dengan Ganjaran Membeli Belah

The Cashback World Programs membuka pintu ke Komuniti Membeli Belah Antara Bangsa Cashback World dan, dan sekali gus ke pada 15 juta Ahli-ahli. Dalam program ini, anda akan dipasarkan sebagai Pedagang Program Kesetiaan dimana Ahli-ahli boleh menerima Cashback dan Shopping Points atas pembelian mereka.

Ganjaran Membeli Belah ini akan memikat para pelanggan yang ingin menjadi Ahli Cashback World melalui anda dan syarikat anda. Disamping pelbagai peluang-peluang yang ditawarkan dengan Cashback World Program, anda akan menerima beberapa alat bantuan yang boleh digunakan untuk meningkatkan perolehan perniagaan anda .

Ganjaran Membeli Belah untuk kegunaan anda

Disamping peluang-peluang untuk menarik para pelanggan baharu dan meningkatkan kesetiaan pelanggan, anda sebagai suatu perniagaan, juga akan mendapat ganjaran daripada ganjaran membeli belah dalam Komuniti Membeli Belah. Bekerjasama dengan kami juga menjadi lebih menarik, terima kasih kepada tawaran istimewa untuk pembeliaan perniagaan anda dalam Cashback World.

The Cashback World Program

Cari progam yang anda inginkan untuk menjamin kejayaan syarikat anda sebagai Cashback World Shopping Community.

Partner Program

Program Rakan Niaga

Terima kasih kepada Program Rakan Niaga, anda Ahli-ahli diberi peluang untuk mengumpul ganjaran membeli belah apabila mereka membeli belah dengan anda menggunakan Cashback Card mereka. Dengan berbuat demikian, anda dan perniagaan anda menjadi lebih menarik sebagai destinasi membeli belah untuk para pembeli dari seluruh dunia.

MYR 699
bayaran sekali
PilihInformasi lanjut
Partner Program Premium

Program Rakan Niaga Premium

Jalankan Program Kesetiaan Pelanggan pada peringkat profesional. Selain daripada peluang-peluang yang diberikan oleh Program Rakan Niaga, Ahli-ahli berdaftar dan para pelanggan, anda juga akan menerima satu set Cashback Cards sendiri dan banyak lagi alat bantuan perhubungan pelanggan yang berharga.

MYR 4 990
bayaran sekali
PilihInformasi lanjut

Ciri-ciri komprehensif yang disediakan oleh Cashback World Program meningkatkan kejayaan perniagaan anda

Limpahan alat bantuan sebagai sebahagian dari Program yang telah direncanakan dengan baik


Terima kasih kepada the Cashback World Program, anda mempunyai akses kepada banyak ciri-ciri dengan tawaran peluang-peluang yang banyak untuk meyumbang kepada kemampanan perkembangan syarikat anda.

 

Maklumat lanjut

Penyelesaian tepat untuk sektor anda juga

Setiap sektor mempunyai cabaran dan kehendaknya sendiri, tetapi kemungkinan yang ditawarkan oleh program kami sesuai untuk semua. Pengalaman kami yang luas, dalam semua sektor, menjadikan kami rakan niaga yang tepat untuk anda.

Juru Letrik

Juru Letrik

Juru Letrik

Sebagai seorang juru letrik, anda akan mendapat banyak kelebihan dengan syor dari pelanggan lain – perkhidmatan anda jarang diperlukan dalam seharian berniaga. Oleh itu adalah sangat penting jika para pelanggan mengingati anda. Dengan penghantaran tetap surat berita dengan tips menjimatkan tenaga, barangan unik dalam sektor elektronik atau ucapan hari lahir, anda pastinya akan melekat di hati para pelanggan anda dan mereka juga akan mencadangkan perkhidmatan anda kepada kenalan-kenalan mereka.

Pendandan Rambut

Pendandan Rambut

Pendandan Rambut

Dalam sektor dandanan rambut, menjalin hubungan peribadi dengan para pelanggan memainkan peranan yang penting. Perhubungan ini mestilah dipelihara kerana sebarang kesilapan boleh membuat pelanggan beralih kepada pesaing anda. Oleh itu, pengurusan perhubungan pelanggan adalah sangat penting. Tawaran tertentu untuk pelanggan tetap, pelanggan baharu, mengingati hari lahir pelanggan dan mereka sendiri kad pelanggan ialah bantuan-bantuan yang tepat yang akan mengukuhkan hubungan pendandan rambut dan pelanggan.

Bakeri

Bakeri

Bakeri

Adalah tidak masuk akal pelanggan akan berkunjung ke sebuah bakeri beberapa kali dalam seminggu. Pasar raya dan diskaun yang berdekatan merupakan satu persaingan yang selalunya membimbangkan keran para pelanggan boleh membuat keputusan untuk membeli roti dan kek di tempat lain. Kad pelanggan, yang menawarkan para pelanggan ganjaran-ganjaran seperti Cashback daripada kedai-kedai berdekatan yang mengambil bahagian boleh membantu untuk membina kepercayaan dan semangat komuniti yang ada di antara penjual dengan pembeli. Menggunakan kaji selidik kepuasan pelanggan dan menganalisa kedatangan akan memudahkan untuk memenuhi kehendak mereka dengan cara yang mengikut sasaran dan juga memberikan mereka tawaran-tawaran bermusim yang tepat.

Penjual Bunga

Penjual Bunga

Penjual Bunga

Tanaman, bunga-bunga dan aksesori bukanlah barangan yang diperlukan pelangan pada setiap hari tetapi, inilah barangan yang menambah keceriaaan dalam kehidupan. Penjual bunga harus menjadi sumber kegembiraan – tawaran istimewa seperti Cashback , yang diberikan oleh penjual bunga dan peniaga lain yang mengambil bahagian merupakan insentif pembelian yang bagus untuk pelanggan tetap dan ini boleh menggalakkan mereka untuk membeli dari anda dengan lebih kerap. Peringatan tetap dalam bentuk surat berita juga akan menggalakkan para pelanggan untuk membeli satu, dua karangan bunga untuk memanjakan diri mereka sendiri dan juga orang-orang lain dalam kehidupan mereka dengan lebih kerap. Ini sesungguhnya akan berjangkit - seperti juga tawaran istimewa untuk pelanggan-pelanggan baharu.

Restoran

Restoran

Restoran

Makan dan minum merupakan keperluan asas setiap manusia. Walau bagaimanapun, keluar untuk makan merupakan satu kemewahan yang tidak selalu dibuat oleh ramai orang untuk merawat diri mereka. Ia tidak perlu menjadi isu - - membuat tawaran setiap minggu untuk hari-hari di mana anda kurang pengunjung di kedai, dan juga tawaran istimewa untuk meraikan harijadi pelanggan juga boleh memikat para pelanggan baharu dan tetap ke restoran anda. Dengan menggunakan Program Kesetiaan Pelanggan yang dirancang dengan teliti, kunjungan para pelanggan ke restoran tidak akan menjadi isu.

Butik

Butik

Butik

Kedai pakaian boleh ditemui di setiap penjuru,jadi persaingan memang tinggi. Kelainan sangat penting untuk sebuah butik, terutama kerana anda bersaing dengan pasaran dalam talian. Dengan kad pelanggan anda sendiri, menawarkan ganjaran membeli-belah dan juga tawaran bermusim atau Cashback tambahan semasa anda melakukan pertukaran stok merupakan cara yang mudah untuk menonjolkan diri anda di kalangan orang ramai. Bagaimana pulak jika para pelanggan anda ingin membeli belah di tempat lain dalam Cashback World? Anda masih mendapat ganjaran dari pembelian yand dilakukan oleh Ahli-ahli yang telah anda daftarkan!

Jimnasium

Jimnasium

Jimnasium

Terima kasih kepada azam tahun baharu, adalah sangat mudah untuk menarik ahli-ahli baharu pada awal tahun berbanding pada hujung tahun. Adalah agak sukar untuk mengekalkan pelanggan. Walau bagaimanapun, dengan sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan yang telah dirancangkan dengan baik, anda mempunyai banyak cara untuk terus memberi motivasi kepada pelanggan tetap anda. Surat berita tetap yang mengandungi tips kecergasan dan pemakanan, tawaran untuk suplimen diet atau bimbingan latihan serta Cashback tambahan apabila ahli-ahli membuat keputusan untuk meneruskan keahlian selama setahun adalah di antara cara-cara untuk terus memotivasi pelanggan dan mengekalkan jumlah pelanggan pada kadar yang tinggi.

Mekanik

Mekanik

Mekanik

Kunjungan ke mekanik merupakan satu keperluan yang tidak disukai ramai. Ini bermaksud terdapat bahagian kereta itu memerlukan baik pulih dan akan melibatkan kos. Anda akan membuat kunjungan pelanggan anda lebih menyenangkan jika anda menawarkan kad pelanggan yang memberikan mereka nilai tambahan dan kemudahan untuk mengumpul ganjaran, bukan sahaja di garaj anda tetapi juga daripada pembekal perkhidmatan lain dan rakan niaga Cashback World. Beri peringatan kepada pelanggan anda untuk datang untuk servis seterusnya melalui surat berita automatik dan dengan tawaran istimewa untuk alat-alat ganti, jualan tambahan akan terjamin. Jika anda ingin menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan anda atas pendapat mereka, hantarkan kaji selidik kepuasan pelanggan kepada mereka dan sentiasa beri jawapan kepada soalan-solan lazim mereka. Anda juga akan mendapat tambahan nilai : Anda mendapat manfaat apabila seorang Ahli yang anda daftarkan membuat pembelian di Cashback World. Jadi anda juga mendapat manfaat apabila pelanggan anda ingin meninggalkan kereta mereka kepada anda sementara mereka pergi membeli belah.

Beribu perniagaan di seluruh dunia meletakkan kepercayaan mereka kepada Cashback World Programs

Perniagaan pelbagai saiz di seluruh dunia menyedari dan menghargai kelebihan bekerjasama dengan Cashback World. Maklum balas yang positif telah diberikan oleh para pelanggan kami menunjukkan bahawa tawaran-tawaran kami memberi isyarat kejayaan yang dicari oleh orang ramai.

Butir-butir untuk dihubungi

Mulai sekarang

  • Dapatkan pelanggan setia yang baru
  • Luaskan kumpulan pelanggan anda
  • Tingkatkan jualan dan keuntungan anda

Jadilah rakan niaga sekarang

atau

Hubungi kami
*Harga tidak termasuk SST